Soalan Lazim Ditanya


Bolehkah Saya Menggunakan Sabun Ini Bersama-sama Dengan Syampu Konditioner Yang Sedia Ada?
Tidak digalakkan untuk menggunakan sabun dengan syampu serta perapi. Bahan-bahan kimia dalam syampu dan perapi boleh mengurangkan separuh kesan penumbuhan rambut.


Bolehkah Saya Menggunakan Wax Rambut atau Mousse untuk Menetapkan Gaya Rambut Saya?
Jika anda sebelum ini sering menggunakan wax rambut atau mousse untuk menetapkan rambut anda, kami cadangkan anda supaya mencuci rambut anda dua kali menggunakan Sabun Ananas pada setiap sesi mencuci rambut.

Matlamak utama Sabun Ananas adalah untuk mencuci sebum atau kotoran lama yang terkumpul pada kulit kepala. Melainkan jika ia adalah wax atau mousse semulajadi, jika tidak,  zarah kecil daripada wax rambut atau mousse akan menyekat liang kepala. Jika anda masih mahu menggunakan wax atau mousse rambut, pastikan bahawa ianya  tidak digunakan pada kulit kepala.


Bolehkah Saya Menggunakan Tonik Rambut Selepas Mencuci Rambut?
Tidak digalakkan untuk menggunakan tonik rambut selepas mencuci rambut dengan Sabun Ananas. Bahan kimia di dalam tonik rambut boleh melambatkan penumbuhan rambut.


Bolehkan Saya Mengeringkan Rambut Saya Menggunakan Pengering Rambut Selepas Mencuci Rambut?
Ya, sila gunakannya.
Rambut yang basah boleh menyebabkan kulit kepala sejuk dan akhirnya menyebabkan peredaran darah yang lemah dan secara tidak langsung boleh membawa kepada penipisan rambut.


Adakah Sabun Ananas Boleh Menyebabkan Alahan?
Setakat ini, tiada laporan alahan daripada pengguna yang kami terima.
Sila hentikan penggunaan sabun jika anda mempunyai alahan terhadap nanas dan kayu manis.


Bolehkah Rambut Putih Menjadi Hitam Selepas Menggunakan Sabun Ananas?
Rambut putih yang sediada tidak akan bertukar kepada warna hitam selepas penggunaan sabun.
Kesan sabun ini adalah untuk membaiki penumbuhan rambut.


Berapa Lama Sebuku Sabun Boleh Digunakan?
Ia bergantung kepada keadaan rambut seseorang itu (panjang, pendek, tebal, nipis).
Walau bagaimanapun, secara umumnya, sebuku sabun boleh bertahan selama 1.5 bulan hingga 3 bulan untuk penggunaan biasa.



Daripada Pihak Pengurusan HairGrowthSoap.com